'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali

LocalLifestyle
26 May 2026 • 4:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali

DUNIA media sosial kembali hangat dengan ‘perang mulut’ terbaharu yang melibatkan usahawan sensasi, Ojen Aiwahhh, dan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo. 

Segalanya tercetus apabila Jojo secara terbuka melabelkan manisan popular, kunafa, sebagai makanan 'sampah' atas faktor kesihatan dalam sebuah podcast. 

Walaupun kenyataan itu dibuat secara umum, netizen pantas memetik nama jenama Kunafa Aiwahhh sehingga mengheret kedua-dua personaliti ini ke gelanggang provokasi di aplikasi Threads.

Bagi Ojen, atau nama sebenarnya Zayn Rosli, situasi ini ternyata memberi tamparan emosi yang agak hebat buat dirinya, apatah lagi kontroversi ini meletus ketika seluruh umat Islam sedang menyambut hari-hari mulia.

Image from: 'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali

"Apa lagi yang tak kena? Ada saja yang tak puas hati dengan saya dan jenama Kunafa Aiwahhh.  Terbaharu, Jojo pula boleh keluar kenyataan berunsur ragebait atau umpan kemarahan serta provokasi dengan melabelkan kunafa sebagai makanan sampah. 

"Tambah pula hari ini semua umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala sempena Hari Arafah dan esok nak sambut Raya Aidiladha. Tapi kecoh pula dengan benda yang tak perlu," katanya.

Tegas Ojen, dia langsung tidak mempunyai masalah jika makanan tersebut dikategorikan sebagai kurang sihat demi menjaga diet seorang atlet, namun tindakan melabelnya sebagai 'sampah' disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak menghormati rezeki orang lain.

"Kalau tak suka kunafa sekalipun, dia boleh cakap baik-baik dan jangan sewenang-wenang melabel sampah terhadap makanan. Paling tidak pun janganlah cela makanan. 

"Ia sumber makanan untuk yang meminati kunafa, malah ia juga rezeki buat saya serta staf yang mencari rezeki dengan berniaga. 

"Jojo juga sebenarnya ada menghantar mesej langsung (DM) ke akaun media sosial saya dengan menulis kunafa semuanya sampah," ungkapnya lagi.

Image from: 'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali
kunafa Aiwahhh juga akrab menjalinkan kerjasama baik dengan golongan artis

Perwatakan lembut

Keadaan menjadi semakin tegang apabila isu tersebut mula beralih ke arah serangan peribadi. Menerusi hantaran di Threads, Jojo didakwa sempat menyindir perwatakan lembut Ojen dengan mengaitkannya dengan tahap hormon testosteron yang rendah, selain memuat naik poster suntingan acah perlawanan Muay Thai antara mereka berdua.

"Dia siap tulis biarlah rate atau kadar bayaran dirinya rendah selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini daripada memiliki testosteron rendah. 

"Saya balas balik, biarlah testosteron rendah sekalipun, cukup adab dengan makanan di tahap tertinggi. Dalam Islam sendiri tak tekankan soal testosteron tinggi atau rendah. Kalau nak dipandang tinggi, tinggikan adab bukannya ego. Manusia ada adab, Melayu kaya dengan adab. 

"Tentu dia akan menang besar dalam perlawanan itu, tapi saya tak boleh melihat ‘kekalahan’ saat ada yang melabel sumber rezeki saya sebagai ‘sampah’,"ujarnya lagi.

Image from: 'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali
Ojen dan Kunafa Aiwahhh menaja fighter dari Malaysia menyertai pertarungan di luar negara

Lebih terkilan, Ojen mengakui sebelum ini pernah menawarkan tajaan kepada Jojo yang didakwa pernah mengakui menggemari kunafa rekaannya. 

Walaupun pelawaan itu ditolak, Ojen berharap ada rasa hormat yang tersisa memandangkan dia sering menyokong ekosistem sukan lasak tanah air termasuk menaja atlet di bawah gimnasium milik keluarga Jojo sendiri serta filem aksi tempatan.

"Tapi hakikatnya, dia pernah mengakui minat dengan kunafa saya dan menjamahnya. Tak kisahlah sekalipun kalau dia tak mahu ditaja, itu hak dia. 

Image from: 'Jangan cela rezeki orang...'- Terkilan kunafa dilabel 'sampah', Ojen Aiwahhh kecewa disindir Jojo Ghazali
Ojen menyifatkan tajaan kepada fighter ini bagi membantu atlet dan pejuang yang berkorban masa serta tenaga di gelanggang, memandangkan sukan tersebut kadang kala kekurangan sokongan kewangan dan tajaan korporat.

"Sekurang-kurangnya hormatlah saya yang pernah menaja lima fighter termasuk Kabilan Jelevan yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai dimiliki keluarga Jojo. 

"Pembabitan saya menaja atlet tempatan dilakukan atas dasar mahu membantu sukan, bukannya semata-mata keuntungan. 

"Malah saya juga menaja filem aksi Tarung: Unforgiven baru-baru ini. Jadi tak bolehkah Jojo menunjukkan empati dan semangat positif bersama-sama, dan bukannya menjatuhkan orang lain?," ungkap usahawan itu lagi.

View Original Article