Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi memberi respon diatas isu viral melibatkan dirinya dengan usahawan kunafa, Zain Rosli atau Ojen Aiwah dengan menafikan perselisihan faham antara mereka adalam marketing untuk makanan tersebut.
Bukan marketing
Perkara itu dinyatakan Johan atau Jojo menerusi platfrom Thread dengan mengatakan dirinya sama sekali tidak akan melakukan pemasaran dengan cara sebegitu kerana merasakan integriti tidak boleh dibeli sama sekali.
“Bayar aku RM100 juta pun aku takkan buat marketing bangang macamni. Integrity cannot be bought,” ujarnya.

Perkara tersebut dinyatakan Jojo susulan ada yang menyangka bahawa perbalahan mereka sekadar konten bagi mempromosikan kunafa usahawan tersebut.
Islam ajar makan jangan memudaratkan
Menjengah ke ruangan komen ramai yang memberikan maklum balas seakan menyokong tindakan atlet Muay Thai itu yang menentang makanan kurang sihat demi menjaga kesihatan badan.

Tak habis lagi ke berbalah?

Buktikan duit tak boleh beli semua tu

Sebelum ini, Jojo dan Ojen dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu makanan pencuci mulut, kunafa.
Isu berkenaan dipercayai bermula apabila Johan Ghazali atau Jojo tampil dalam sebuah podcast dan menyifatkan kunafa sebagai makanan ‘sampah’ dari sudut pemakanan, dengan alasan kandungannya tidak sesuai untuk gaya hidup seorang atlet profesional
Sumber: Thread johanghazali_
