“Jangan CGI kan anak tu ya” – Sofyank Timang Anak Sulung, Ruangan Komen Buat Netizen Berdekah

Entertainment
13 Dec 2023 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Muhammad Sofian bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank merupakan seorang personaliti media sosial dan content creator yang dikenali dengan penghasilan video suntingan yang mempunyai kesan-kesan khas (CGI).

Pada bulan Jun tahun lepas, Sofyank mengumumkan dia sudah pun menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati selepas tujuh tahun perkenalan.

Semalam, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan berita baik itu dikongsikannya menerusi laman media sosial miliknya.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ialah ruangan komen di posting Instagram Sofyank, antaranya komen dari selebriti tempatan Zizan Razak dan Farhan Mazlan.

image is not available

Di X juga tidak kurang hebatnya, apabila ramai netizen yang berseloroh atas berita gembira yang dikongsikan oleh Sofyank itu selain mengucapkan tahniah kepadanya.

image is not available

Sofyank dalam pada itu turut membalas komen-komen yang mengucapkan tahniah buatnya dan isteri atas kurniaan buat keluarganya itu.

Comel sangat! Harap-harap murah rezeki Sofyank sekeluarga dengan kehadiran princess ini!

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved