Seorang lelaki muda dilaporkan mengalami kecederaan serius pada retina selepas menggunakan percussive massage gun di sekitar dan terus pada kedua-dua matanya.
Menurut laporan dari BMJ, dia menggunakan alat itu beberapa minit setiap kali, setiap minggu selama 3 bulan, kononnya untuk menghilangkan rasa mata letih.
Selepas itu, dia mula nampak floaters, titik hitam yang melayang dalam pandangan, dan flashing lights, iaitu cahaya berkelip walaupun tiada sumber cahaya.
Pemeriksaan mata kemudian mendapati ada koyakan retina, lebam retina dan retinal dialysis.
Ini bukan sekadar “mata penat”.
Ini kecederaan pada struktur halus dalam mata yang boleh menyebabkan masalah penglihatan serius jika lambat dirawat.
Massage gun direka untuk otot.
Bukan untuk mata.
Bukan untuk kelopak mata.
Bukan untuk kawasan sekitar bola mata.
Getaran kuat dan hentakan berulang pada kawasan mata boleh memberi tekanan kepada retina dan struktur dalaman mata.
Kalau mata letih, jangan “tembak” dengan massage gun.
Rehatkan mata.
Kurangkan skrin.
Pastikan pencahayaan sesuai.
Dapatkan pemeriksaan jika gejala berterusan.
Segera jumpa doktor mata jika tiba-tiba nampak floaters yang banyak, cahaya berkelip, bayang seperti tirai, atau penglihatan makin kabur.
Alat yang nampak harmless pun boleh jadi bahaya bila digunakan di tempat yang salah.
#PublicHealthMalaysia
#KesihatanMata
#MassageGun
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





