Jangan! Isteri dedah Aliff Syukri tegas, larang lelaki luar pegang, sentuh anak perempuan

LocalFamily & Parenting
19 Jan 2026 • 4:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menjelaskan mengenai video tular anak keduanya, Qadejah El Zahra menegur dan menasihati adik-adiknya mengenai batas pergaulan.

Tegas Nur Shahida, dia dan suami amat menekankan kepentingan pendidikan awal mengenai batas pergaulan anak-anak.

Menurut beliau, prinsip ini penting bagi memastikan keselamatan dan perkembangan anak-anak, khususnya anak perempuan, sejak kecil.

“Kita mula ajar dari kecil. Kalau kita longgarkan dari awal, bila besar nanti lebih sukar untuk mereka faham,” jelas Nur Shahida, ibu kepada enam cahaya mata.

image is not available

Beliau turut berkongsi bahawa kejadian itu timbul selepas seorang pembantu peribadi (PA) lelaki kerap bermain dengan anak lelaki mereka, Yusuf dan Baim, sehingga anak perempuan mereka, Raudhah, ingin turut serta.

Isteri dedah Aliff Syukri tegas

Bagaimanapun, suaminya, Aliff Syukri menegaskan bahawa anak perempuan mereka tidak dibenarkan rapat dengan PA lelaki.

“Awak perempuan, awak tak boleh rapat dengan PA lelaki,” tegas Aliff Syukri dalam memastikan prinsip keluarga mereka dipatuhi.

@maroseaslegacy

PAPA MELENTING BILA RAUDHAH BERMAIN DENGAN PA #keluarga #pa #alifsyukriterlajaklaris #dherbs #maroseaslegacy

♬ bunyi asal - Marose AS Legacy - Marose AS Legacy

Katanya, walaupun amaran telah diberikan berulang kali agar PA tidak memegang atau mendukung anak perempuannya, kejadian tetap berlaku.

Namun, jelasnya kemarahan yang timbul bukan untuk memarahi anak, sebaliknya sebagai proses mendidik dan memberi kefahaman mengenai batas pergaulan.

image is not available

Artikel lain: Ammar Ahyan pelik dihon pemandu, Shahida puji anak bawa Porsche ikut had laju

Pasangan ini menegaskan bahawa pendidikan mengenai sentuhan dan batas pergaulan perlu dimulakan sejak anak masih kecil.

Mereka berpendapat bahawa perbuatan lelaki bukan mahram memegang anak perempuan tidak seharusnya dinormalisasi, walaupun atas alasan bermain atau bergurau.

image is not available

image is not available

Walaupun Raudhah menangis kerana tidak memahami situasi, prinsip dan nasihat tetap ditegakkan sambil memujuk, bagi memastikan mesej mengenai batas pergaulan sampai kepada anak-anak dengan jelas.

Sumber: Threads halinakamaludin