"Jangan Jadi Talam 44 Muka" - Shiha Zikir

20 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Jangan Jadi Talam 44 Muka" - Shiha Zikir

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir mengakui tahun ini menyaksikan pelbagai ujian dalam kehidupannya termasuk kondisi kesihatan ibunya yang kurang baik.Tidak terhenti disitu, Shiha juga meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menerima layanan kurang menyenangkan daripada individu di sekelilingnya.“Tahun ini banyak ujian yang Allah SWT hadiahkan. Mak sakit dan baru-baru ini dapat tahu maki hamun daripada orang-orang yang pernah dan sedang bersama kita di belakang. Terima kasih kepada korang yang kutuk-kutuk itu. Alhamdulillah, boleh baca satu persatu.“Moga Allah pelihara kalian dunia akhirat. Kadang-kadang kebaikan dan pengorbanan kita ini mungkin langsung tak bermakna.“Yang lalui situasi sama, jangan jadikan perkara ini buatkan kita berubah. Teruskan menghargai mereka yang layak. Dan jangan jadi talam 44 muka,” tulisnya.Dalam pada itu, Shiha turut berharap individu tersebut untuk lebih berani untuk berterus terang dengan dirinya jika ada sebarang masalah.“Geng-geng itu dah tangkap layar belum? Jangan lupa letak tanda pagar sekali.“Harap berani cakap depan-depan ya. Tak seronoklah asyik lepak mamak, bergosip di belakang,” tulisnya lagi.Bagaimanapun, pelantun lagu Minta Ampun itu tidak menceritakan secara terperinci mengenai perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved