Jangan jadikan anggota tentera sumber keuntungan Pernama

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 2:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jangan jadikan anggota tentera sumber keuntungan Pernama

MELAKA: Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) tidak seharusnya menjadikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sumber keuntungan utama, sebaliknya mengutamakan kebajikan mereka menerusi penawaran barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pernama perlu mengubah pendekatan operasinya dengan memastikan keuntungan yang diperoleh dikawal dan manfaatnya dikembalikan kepada tentera, veteran dan keluarga.

Menurutnya, Pernama ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga ATM dan tidak sepatutnya beroperasi bagi mengejar keuntungan.

“Pernama tak sewajarnya buat untung dengan ATM. Pernama wujud untuk ATM, bukan buat untung dengan ATM.

“Jadi kena kurangkan keuntungan itu supaya pulang balik kepada ATM,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) di Kem Terendak di sini hari ini.

Mohamed Khaled berharap, Pernama terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan tidak menyerahkan terlalu banyak urusan kepada pihak ketiga yang berpotensi meningkatkan kos operasi.

Beliau berkata, ia perlu memainkan peranan lebih besar sebagai instrumen kesejahteraan warga tentera, bukan sekadar menjalankan aktiviti perniagaan dalam kem.

“Segala keistimewaan dan penambahbaikan yang kita laksanakan adalah untuk kesejahteraan keluarga ATM serta anggota veteran,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan HITS merupakan antara usaha memastikan kesejahteraan anggota tentera turut merangkumi aspek pengurusan perbelanjaan isi rumah, selain kemudahan perumahan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

“Melalui HITS, kita akan lakukan potongan harga pada bila-bila masa untuk semua barangan dan tidak ada kuota apabila dibeli oleh anggota-anggota,” katanya. – UTUSAN

The post Jangan jadikan anggota tentera sumber keuntungan Pernama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved