TUDM dijangka terima pesawat tempur ringan FA-50M seawal bulan ini - Khaled Nordin

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TUDM dijangka terima pesawat tempur ringan FA-50M seawal bulan ini - Khaled Nordin Image from: TUDM dijangka terima pesawat tempur ringan FA-50M seawal bulan ini - Khaled Nordin hamden12/10/2026 - 16:04 KAI FA-50 milik Tentera Udara Republik Korea. - Gambar/Tentera Udara Republik Korea

KUALA LUMPUR 12 Okt - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka menerima pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries mengikut jadual yang ditetapkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Beliau berkata tarikh sebenar ketibaan pesawat berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

"Mengikut jadual, pesawat itu akan tiba bulan ini atau bulan depan, tarikh (sebenar) ia akan tiba, nanti saya umumkan, setakat ini saya tidak menerima apa-apa maklumat terdapat penangguhan penghantaran pesawat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 di sini hari ini.

 

Turut hadir Penaung Kempen Tabung Pahlawan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris.

 

Pada Mei 2023, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa Korea Selatan itu memeterai kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20, yang dinamakan khusus sebagai FA-50M (Malaysia).

 

tudm09
Gambar arkib Panglima TUDM, Muhamad Norazlan bersama pesawat FA-50M pertama.

 

Varian berkenaan jauh lebih canggih dan berkeupayaan tinggi berbanding FA-50 yang dikendalikan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) serta negara lain antaranya Thailand, Filipina dan Indonesia.

 

Pada Jun lepas, TUDM mengesahkan dua pesawat FA-50M dijadual tiba di Malaysia pada bulan ini manakala bakinya pula akan diterima secara berfasa hingga Mac 2028. - BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved