Jangan jadikan krisis institusi Diraja Negeri Sembilan ruang perpecahan- Pemuda Amanah

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jangan jadikan krisis institusi Diraja Negeri Sembilan ruang perpecahan- Pemuda Amanah
Zainal Lutti

SEREMBAN - Pemuda Parti Amanah Negara(Amanah) Negeri Sembilan menyeru semua pihak agar tidak menjadikan kemelut institusi Diraja di negeri ini sebagai ruang untuk menimbulkan keresahan, perpecahan atau ketidakstabilan negeri.

Pengarah Komunikasinya, Zainal Lufti Zainal Fitry berkata, segala tindakan oleh mana-mana pihak wajib berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Perlembagaan Persekutuan, prinsip keluhuran undang-undang serta proses perundangan yang sah.

"Pemuda Amanah Negeri Sembilan mengambil maklum perkembangan terkini berhubung pembatalan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Kami menjunjung tinggi serta mempertahankan institusi Diraja Negeri Sembilan sebagai institusi yang mempunyai kedudukan penting dalam sistem pemerintahan negeri dan perlembagaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pihak berkuasa juga diseru supaya menjalankan siasatan secara telus terhadap sebarang dakwaan atau tindakan yang mempunyai unsur cubaan menggugat, menjatuhkan atau mengganggu kedudukan institusi Diraja sekiranya terdapat asas dan bukti yang mencukupi.

Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang hendaklah diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"Pemuda Amanah percaya bahawa institusi Raja mesti dihormati, Perlembagaan mesti dipatuhi dan rakyat mesti dilindungi.

"Jangan kerana perebutan kuasa, kestabilan Negeri Sembilan dan rakyat menjadi mangsa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved