‘Jangan jadikan orang sendiri kambing hitam’ -Anak Ismail Lasim

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 4:49 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anak kepada Ismail Lasim mempersoalkan kenyataan peletakan jawatan bapanya.

Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, Naim Ismail tampil mempersoalkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya, selain mendakwa terdapat usaha untuk menjatuhkan individu dalam parti sendiri.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Naim mempersoalkan tindakan parti mengeluarkan kenyataan media mengenai peletakan jawatan tersebut, sedangkan menurutnya, belum jelas sama ada bapanya sendiri membuat pengumuman berkenaan.

“Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?” soalnya.

Menurut Naim, segala arahan dan keputusan parti telah dipatuhi sejak awal, namun beliau meluahkan rasa kecewa apabila timbul dakwaan mengenai usaha menjatuhkan individu dalam parti sendiri sebelum perkara berkenaan diselesaikan.

“Dari awal segala arahan parti dipatuhi. Apa sahaja keputusan parti semuanya ikut. Tetapi akhirnya macam ni jadi. Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri,” katanya.

Image from: ‘Jangan jadikan orang sendiri kambing hitam’ -Anak Ismail Lasim
Hantaran Naim Ismail yang tular di media sosial

Dalam hantaran sama, Naim turut mengingatkan supaya kepentingan pihak tertentu tidak menyebabkan individu lain dijadikan kambing hitam dalam kemelut yang berlaku.

“Jangan kerana kepentingan pihak tertentu orang lain dijadikan kambing hitam. Kalau betul nak menjaga parti, jangan sampai orang sendiri diperlakukan macam ni.

“Semua orang tahu apa yang berlaku. Jangan buat seolah-olah hanya satu pihak yang bersalah,” tegasnya.

Bagaimanapun, Naim tidak menamakan mana-mana individu atau pihak yang didakwa terlibat dalam usaha menjatuhkan bapanya.

Hantaran berkenaan dibuat susulan isu peletakan jawatan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang mencetuskan perhatian terhadap perkembangan politik negeri itu.

The post ‘Jangan jadikan orang sendiri kambing hitam’ -Anak Ismail Lasim appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved