Jangan Jadikan Pelajar Sebagai ‘Content’ Media Sosial – Fahmi Fadzil

LocalPolitics
21 Mar 2025 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi iaitu Datuk Fahmi Fadzil menasihatkan golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar khususnya murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.

Memetik laporan Bernama, Fahmi berkata hal ini kerana kandungan sedemikian boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.

image is not available

Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.

 

Ia mungkin membolehkan kanak-kanak jadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual. Kita nak elak jenayah dan masalah ini berlaku, jadi guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan di dalam media sosial.

image is not available

Dia turut berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam perkara ini dan menjadikan ia fokus utama memastikan Internet selamat digunakan.

Kementerian sediakan Internet di semua sekolah, ada kira-kira 4,000 sekolah yang disasarkan untuk projek titik kehadiran, apa guna ada Internet murah, lahu dan meluas tapi tidak digunakan dengan selamat. Kita nak ia selamat digunakan terutama bagi kanak-kanak dan keluarga.

Sebelum ini, Fahmi berkata guru wajar memahami trend terkini yang membabitkan kandungan kanak-kanak di media sosial supaya generasi itu dapat dikawal dan diberikan penjelasan sekali gus tidak kecanduan dengan pengisian negatif di Internet.

image is not available 1 week ago

Fahmi Fadzil Beri Sebab Kompaun Pengendali Era FM Lebih Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecilia