'Jangan jadikan PRN Melaka kayu ukur politik nasional'

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 6:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jangan jadikan PRN Melaka kayu ukur politik nasional'
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Jasri Jamaludin

KUANTAN – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan kayu ukur untuk menilai kekuatan politik Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Jasri Jamaludin berkata, Melaka sememangnya kubu tradisi UMNO-BN, namun landskap politik di negeri-negeri lain mempunyai realiti berbeza.

"Realiti politik di negeri-negeri lain jauh berbeza. Sentimen pengundi, komposisi masyarakat dan kecenderungan politik tidak semestinya sama.

"Melaka bukan kayu ukur mutlak bagi landskap politik nasional," katanya pada Isnin.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berlangsung pada Sabtu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.

Seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.

Jasri yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang memberitahu, setiap negeri mempunyai dinamika politik tersendiri dan keputusan pilihan raya perlu dinilai berdasarkan konteks negeri berkenaan.

Beliau berkata, perbezaan turut wujud antara PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang masing-masing membawa dinamika tersendiri.

"Justeru, keputusan di Melaka wajar dilihat dalam konteksnya sendiri, bukannya dijadikan ukuran untuk meramalkan kedudukan politik di peringkat nasional.

"Pertaruhan sebenar ialah di seluruh negara, bukan sekadar di kubu tradisi yang sudah lama memihak kepada UMNO-BN," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved