“Jangan jahil undang-undang” -Polis Kelantan tegur aktivis gempur Rohingya

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 1:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktivis media sosial diingatkan supaya memahami undang-undang dan tidak bertindak sendiri terhadap etnik Rohingya, termasuk menyerbu kawasan atau premis persendirian atas alasan mahu mengambil tindakan terhadap komuniti berkenaan.

Bukan senang-senang nak halau mereka

Memetik laporan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata sebarang dakwaan salah laku perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat bagi mengelakkan tindakan sendiri mencetuskan masalah lain.

“Ini isu kejahilan undang-undang atau tidak faham undang-undang.
“Bukan senang kita nak halau, ke mana nak halau mereka pergi? Myanmar tidak terima, ke Bangladesh pun tidak iktiraf sebagai rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Selasa.

Image from: “Jangan jahil undang-undang” -Polis Kelantan tegur aktivis gempur Rohingya

Jalankan prosedur biasa

Pada Sabtu lalu, seramai 15 individu bersama aktivis Abbe Hae ditahan untuk diambil keterangan selepas menganjurkan aktiviti gempur Rohingya di sekitar Kota Bharu.

Mohd Yusoff berkata, polis menerima lima laporan terhadap kumpulan aktivis berkenaan, iaitu tiga di Kota Bharu dan dua di Tanah Merah, termasuk kes membabitkan dakwaan pencerobohan, pecah rumah serta samun.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut prosedur standard, termasuk pengambilan telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat, proses kawad cam dan pengambilan cap jari bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Ini prosedur biasa termasuk merampas telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat, proses kawad cam, pengambilan cap jari itu semua tindakan untuk melengkapkan kertas siasatan.
“Ada satu kes membabitkan mangsa wanita warga Bangladesh yang kerugian rantai emas bernilai kira-kira RM1,000, kami siasat sebagai kes samun,” katanya.

Beliau turut menegaskan penganjur perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dianjurkan, khususnya apabila kehadiran orang ramai meningkat sehingga sukar dikawal.

“Ini yang berlaku, ada dalam kumpulan mereka itu, datang dari mana-mana, lakukan samun dan sebagainya sewaktu kononnya menyerbu Roghinya,” ujar beliau.

Image from: “Jangan jahil undang-undang” -Polis Kelantan tegur aktivis gempur Rohingya

Dalam pada itu, Mohd Yusoff menjelaskan isu pelarian Rohingya tidak boleh diselesaikan dengan mudah menerusi tindakan menghalau mereka keluar dari Malaysia kerana ia turut melibatkan persoalan penerimaan negara asal dan pengurusan pelarian oleh kerajaan.

Beliau meminta masyarakat memberi ruang kepada kerajaan untuk menguruskan isu berkenaan, termasuk cadangan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian yang melibatkan pendaftaran biometrik bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti individu sekiranya berlaku jenayah.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved