Tukang kayu buat perbuatan jijik pada kucing belum pernah berkahwin

20 Oct 2026 • 12:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tukang kayu buat perbuatan jijik pada kucing belum pernah berkahwin

KOTA BHARU – Seorang tukang kayu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh masih bujang dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek yang berusia 49 tahun mempunyai tiga rekod berkait kes dadah dan satu kes jenayah pecah rumah.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap lelaki itu mendapati suspek negatif dadah ketika ditahan.

“Ini semua punca dadah. Apabila ambil dadah terutama jenis sintetik, ia akan memberi kesan kepada mental seseorang sehingga menyebabkan individu itu tiada akal dan tiada otak.

“Kita sudah meminta sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengambil 10 ekor kucing pelbagai jenis dan baka yang ada di rumah suspek ke tempat pemeliharaan yang selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan mendapati, kucing yang diperlakukan dengan jijik dalam video yang tular di media sosial itu merupakan haiwan peliharaan milik suspek.

Terdahulu, suspek direman direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising di sini sehingga video kejadian tersebut tular di media sosial.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Datuk Nik Azlan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

The post Tukang kayu buat perbuatan jijik pada kucing belum pernah berkahwin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved