
KOTA BHARU – Polis Kelantan menegaskan pihaknya tidak melindungi seramai 8,021 etnik Rohingya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berada di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, beliau menjalankan tindakan dan siasatan berhubung kes melibatkan etnik Rohingya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Katanya, kehadiran etnik Rohingya di Kelantan masih terkawal dan polis sentiasa memantau golongan tersebut.
“Ada yang kata konon saya lindungi etnik Rohingya. Saya pun tidak suka sebenarnya, tetapi apa pilihan yang ada.
“Siasatan mendapati, jenayah yang berlaku melibatkan etnik Rohingya berlaku dalam kalangan mereka dan tidak membabitkan penduduk setempat,” katanya pada sidang akhnar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff berkata, lambakan etnik Rohingya di Kelantan juga berpunca daripada penduduk tempatan yang menyewakan rumah dan tanah kepada golongan tersebut.
Katanya, kehadiran etnik Rohingya di Kelantan buat masa ini masih terkawal dan belum berada pada tahap membimbangkan. – KOSMO! ONLINE
The post Saya tak lindung etnik Rohingya – Ketua Polis Kelantan appeared first on Kosmo Online.






