“Jangan jalan sorang tempat sunyi!” – Wanita Berdepan Detik Cemas Diekori Lelaki Aneh Di Klang

Entertainment
22 Aug 2024 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belakangan ini, sering berlaku jenayah yang berakhir dengan pembunuhan di negara ini. Hal ini secara tidak langsung membuatkan kita berasa bimbang dan perlu berjaga-jaga tidak kira masa.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan situasi seorang wanita sedang diekori seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan itu, pemilik video ketika itu sedang melalui kawasan tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor.

Tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki seperti mengekori seorang wanita memakai baju berwarna coklat yang sedang berjalan di tempat letak kereta di situ.

Menyedari perkara itu, pemandu terus memecut kenderaanya dan mendekati wanita berbaju coklat itu lalu memintanya masuk ke dalam kereta dengan segera.

“Kak, Kak. Masuk, masuk ada orang follow. Masuk cepat. Cepat masuk ha.

“Tadi kita orang kena dah,” katanya.

Susulan itu, wanita berbaju coklat segera memasuki kenderaan. Wanita yang berada dalam kereta itu turut mendakwa awalnya mereka juga diekori oleh lelaki tersebut.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan meminta orang ramai supaya elak daripada melalui jalan sunyi terutama golongan wanita yang sering menjadi mangsa jenayah.

image is not available image is not available image is not available

Jelas wanita berbaju coklat itu, dia tidak berjalan lenggang dan bermain telefon bimbit seperti yang didakwa netizen.

Ketika itu, dia sudah menghampiri kawasan tempat letak keretanya sebelum dipanggil individu dalam kereta terbabit.

image is not available

Hati-hati korang bila keluar tu!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.