Lelaki yang telah dikebumikan, tiba-tiba pulang ke rumah mengejutkan keluarga

22 Aug 2024 • 8:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

PANGASINAN, FILIPINA – Seorang lelaki berusia 63 tahun, Eduardo Gille Sr, mengejutkan keluarganya apabila dia pulang ke rumah beberapa hari selepas keluarganya mengadakan upacara pengebumian untuknya.

Kejadian ini berlaku selepas Gille meninggalkan rumah pada 1 Ogos, berikutan perselisihan faham dengan isterinya.

Pada 4 Ogos, mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh badan telah ditemui oleh orang awam di pantai berdekatan.

Oleh kerana Gille masih belum pulang dan keluarganya telah menghebahkan kehilangannya, mereka menyangka mayat itu adalah Gille.

Isteri Gille, Lydia, mengesahkan mayat itu adalah suaminya berdasarkan tanda alahan di kaki yang kelihatan serupa dengan Gille. Malah seluar jeans yang dipakai oleh mayat tersebut juga sama.

Keluarga Gille kemudian mengadakan upacara pengebumian selama dua hari dan mengebumikan mayat tersebut pada 7 Ogos. Namun, mereka terkejut apabila mendapati Gille tiba-tiba pulang ke rumah selepas beberapa hari kemudian.

Tidak diketahui di mana keberadaan Gille sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang.

Kini, keluarga Gille menyesal kerana telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mengadakan upacara pengebumian itu.

Menurut pihak polis, dua keluarga lain telah tampil untuk menuntut mayat yang tidak dikenali itu dan menjalani ujian DNA sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa yang sebenar.

Keluarga Gille bernasib baik kerana belum memfailkan sijil kematian Gille, yang hanya akan menambahkan lagi kerugian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved