“Jangan Kacau Baby Saya!” – Zarina Anjoulie Tegur Netizen Yang ‘Bergembira’ Atas Kesedihan Ameera Khan

EntertainmentLifestyle
11 Nov 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, tampil menegur segelintir netizen yang dilihat bergelak dan mendoakan perkara buruk terhadap pempengaruh popular, Ameera Khan, susulan dakwaan kononnya hubungan cinta Ameera dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, telah berakhir.

Zarina atau mesra disapa Anju, 36, meluahkan rasa kecewa dan hairan dengan sikap segelintir pihak yang gemar melihat kejatuhan orang lain serta berseronok apabila seseorang berdepan kesedihan.

Advertisement

View this post on Instagram

Anda mungkin tahu saya peminat Ameera. Bagaimanapun, saya tidak pasti, tetapi ada rumor mengatakan dia berpisah dengan teman lelakinya.

Jadi semua orang mula bercakap ‘Oh, padan muka!’ dan ketawa, seolah-olah memang tunggu masa gelakkan orang.

Menurut Anju, tindakan seperti itu menunjukkan kurangnya empati dalam kalangan masyarakat yang lebih suka menjatuhkan berbanding menyokong.

View this post on Instagram

Janganlah berlagak seperti kamu semua tak pernah rasa sedih bila berpisah. Kamu semua pun pernah bercakap tentang lelaki, bukan?

Itulah masalah dengan segelintir netizen Malaysia, suka berdoa atau bergembira atas kesedihan orang lain. Sebab apa? Sebab tiada kerja lebih baik nak dibuat.

Menerusi hantaran video di Instagram, pelakon drama Curang Tanpa Niat itu turut meminta agar orang ramai tidak bercakap buruk mengenai Ameera mahupun Jefri.

Tolonglah, jangan kacau ‘baby’ saya. Saya suka dia, dia sangat comel. Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka.

Teguran tegas namun bersahaja daripada Anju itu mendapat perhatian ramai yang menyifatkan tindakannya sebagai berani dan matang dalam mempertahankan sesama wanita daripada kecaman tidak wajar di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-10 10:12:11

"Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya" - Nubhan Ahamad

The post “Jangan Kacau Baby Saya!” – Zarina Anjoulie Tegur Netizen Yang ‘Bergembira’ Atas Kesedihan Ameera Khan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.