“Jangan Kacau Rumah Tangga Orang” – Jadi Batu Api, Suami Elcah ‘Sound’ Syada Amzah

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 10:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia syada Amzah

Sejak semalam, nama pempengaruh terkenal Elcah menjadi perbualan hangat di media sosial apabila mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga.

Menurut Elcah, wanita yang merupakan hijab stylist itu mengaku menjadi punca penceraian Fazura dan Fattah sebelum ini.

Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila suaminya, Afi Hamri, pula tampil menuduh penyanyi Syada Amzah menjadi batu api dan cuba merosakkan rumah tangga mereka.

Suami dedah mesej Syada, tuduh masuk campur rumah tangga

image is not available

Menerusi platform Threads, Afi telah memuat naik beberapa hantaran termasuk pendedahan mesej yang dihantar oleh Syada kepada isterinya sebelum ini.

Dia mesej bini aku, ‘Kamu akan tinggalkan Adel tak? Sebab kalau nak betulkan keadaan, tiada apa yang boleh diperbetulkan dah.’

Afi turut mendakwa Syada, yang merupakan sahabat baik Elcah, telah menyebelahi hijab stylist berkenaan dan menghasut isterinya untuk bercerai walaupun tidak mengetahui cerita sebenar.

image is not available

image is not available

image is not available

Lebih mengejutkan, Afi turut menyindir adik kepada Shila Amzah itu dan menasihatinya agar tidak masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

Pssttt! Apapun, dalam hal rumah tangga, biarlah hanya pasangan yang mengetahui cerita sebenar. Campur tangan pihak luar selalunya hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.