Suami Dakwa Ada Pihak Desak Elcah Buat Kenyataan Untuk Bersihkan Nama Syada Amzah

Entertainment
1 Aug 2025 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh kini diperkatakan mengenai kes rumah tangga pasangan pempengaruh Elcah dan suaminya. Dikatakan orang ketiga itu merupakan orang sama yang pernah menjadi punca perceraian daripada pasangan selebriti terkenal.

Isu menjadi semakin hangat apabila adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah turut terpalit dengan dakwaan cuba menjadi ‘batu api’ dalam hubungan mereka.

Namun begitu, Elcah nampaknya ada membuat satu hantaran untuk membersihkan imej penyanyi tersebut dengan mengatakan bahawa Syada Amzah tidak ada kena mengena dalam hal ini.

Boleh baca cerita penuh di bawah ini…

Tidak berdiam diri, suami kepada Elcah iaitu Hafizzudin Hamri atau lebih mesra dengan panggilan Afi Hamri tampil membuat kenyataan di Threads untuk ‘memperbetulkan’ situasi.

Afi mendakwa bahawa isterinya itu terpaksa membuat kenyataan tersebut kerana didesak oleh segelintir pihak untuk membuat kenyataan sebegitu dan menegaskan bahawa Syada Amzah merupakan perosak dalam rumah tangganya.

image is not available

Bahkan, Afi juga turut berpesan kepada Syada agar jangan rosakkan hidup orang lain kerana dirinya sendiri dikatakan ‘tak damai’.

Sumber : Threads

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.