“Jangan Kata Gambar, Snap Video Pun Nak Dik..” – Perkongsian Terbaru Fazura Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
30 Jul 2025 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fazura

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, lantang menegur sikap segelintir masyarakat Malaysia yang suka merakam gambar atau video selebriti tanpa meminta izin.

Menerusi satu hantaran di Threads, Fazura meluahkan kekaguman terhadap masyarakat Dubai yang mengamalkan rasa hormat tinggi terhadap privasi, tidak kira status seseorang.

Lindsay Lohan tinggal di Dubai dan dia cakap, ambil gambar orang secara rawak di sana adalah tidak sah dari segi undang-undang.

“Lagi best kalau mulakan dengan adab” – Fazura

image is not available

Fazura turut menekankan bahawa tindakan merakam secara senyap boleh dianggap biadab, lebih-lebih lagi apabila dilakukan kepada selebriti yang hanya mahu menjalani kehidupan biasa sewaktu di tempat awam.

Kita tak amalkan benda tu di sini… Tapi kan, lagi best kalau mulakan dengan adab. ‘Assalamualaikum kak, boleh tak nak bergambar?’

Kalau macam ni… jangan kata gambar, kakak snap video pun nak dik.

Ramai setuju, warganet sokong Fazura!

image is not available

Perkongsian Fazura mendapat reaksi positif daripada ramai netizen yang bersetuju bahawa hormat dan adab perlu diutamakan, bukan sahaja kepada selebriti tetapi juga kepada semua individu.

Ada juga yang menyifatkan budaya ‘main rakam’ tanpa izin ini sebagai pencerobohan privasi yang wajar dihentikan segera.

Pssttt! Adab lebih mahal dari kamera. Tak salah nak rakam, tapi hormat dulu orang yang dirakam. Dunia lebih tenang bila semua tahu batas.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.