“Kalau Minta Dengan Adab, Video Pun Akak Bagi Dik” – Nur Fazura

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai isu privasi dan adab masyarakat dalam berinteraksi dengan selebriti, khususnya apabila melibatkan tindakan merakam gambar atau video tanpa kebenaran.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Fazura, 41, melahirkan rasa kagumnya terhadap budaya masyarakat di Dubai yang mengutamakan rasa hormat terhadap ruang peribadi individu, tidak kira status atau latar belakang.

Lindsay Lohan tinggal di Dubai dan dia cakap, ambil gambar orang secara rawak di sana adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Kita mesti minta izin daripada individu tersebut, dan saya rasa itu satu tahap yang sangat tinggi dari segi rasa hormat dan privasi

Menurut Fazura, budaya sebegitu seharusnya menjadi contoh buat masyarakat Malaysia kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada individu, tetapi juga mencerminkan adab dan tatasusila yang tinggi.

image is not available

Kita tak amalkan benda tu di sini tapi kan… lagi best kalau mulakan dengan adab, macam… ‘Assalamualaikum kak, boleh tak nak bergambar?’

Kalau macam ni… jangan kata gambar, kakak snap video pun nak dik,” tambahnya berserta tanda pagar #adabiseverything dan #respect.

Perkongsian pelakon filem Pisau Cukur itu segera meraih perhatian ramai netizen yang bersetuju dengan pandangannya. Rata-rata menyokong seruan Fazura agar masyarakat lebih beradab dan menghormati privasi, terutamanya ketika bertemu figura awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-30 10:48:12

Dulu Bertudung, Kini Murtad & Kahwin Sesama Jenis – Bekas Pelakon Wanita Terpalit Kontroversi Lagi