“Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” – Kontroversi Persembahan Fazura Di Indonesia, Masdo Tampil Bersuara

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 12:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
masdo

Panas betul isu nyanyian Fazura di Indonesia baru-baru ini kan? Selain netizen, rakan artis turut tampil memberi pandangan mereka tersendiri.

Terbaru, kugiran popular, Masdo dalam temubual bersama mStar mengakui bahawa industri muzik tempatan sedikit terkesan akibat kontroversi persembahan penyanyi Nur Fazura.

Nyanyian Fazura jadi bualan hangat, ini reaksi Masdo

image is not available

Namun, vokalis utama Ali Sariah menganggap, setiap insiden boleh dijadikan pengajaran untuk semua penghibur dalam industri.

Ujarnya, pengalaman tersebut harus dijadikan iktibar supaya mutu persembahan dipertingkatkan di masa hadapan.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Ali turut mengingatkan rakan-rakan artis untuk kekal kuat dan terus maju. Bagi penyanyi ini, apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan dan mengambil yang baik serta meninggalkan yang buruk.

Penghibur juga manusia biasa

image is not available

Menurut Ali, walaupun seorang selebriti sering berada di bawah perhatian umum, mereka juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan.

Sebenarnya kena betul-betul bersedia sebelum buat persembahan walaupun kadang-kadang keadaan ketika itu buat kita rasa gugup. Berada di atas pentas untuk menyanyi perasaan dia lain, lagi-lagi seseorang itu jarang buat persembahan.

Terdahulu, Masdo sendiri pernah dikecam ketika menyanyikan lagu dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 2019.

Insiden tersebut memberi peluang kepada kumpulan ini untuk memperbaiki mutu persembahan mereka dan menjadi lebih matang dalam industri.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia hiburan yang penuh cabaran ini, anak seni perlu belajar daripada setiap pengalaman baik mahupun buruk. Setiap insiden adalah peluang untuk memperbaiki diri, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk industri secara keseluruhan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved