Masdo Anggap Nyanyian Fazura Beri Kesan Kepada Industri Muzik Tempatan- “Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kumpulan muzik Masdo mengakui industri muzik tempatan sedikit terkesan gara-gara persembahan nyanyian aktres Nur Fazura di Indonesia yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Ujar Ali selaku vokalis kumpulan Masdo, dia berharap apa yang berlaku tempoh hari dapat dijadikan pengajaran dan iktibar supaya persembahan nyanyian dapat dilakukan dengan lebih baik kelak.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sedikit sebanyak memang tercalar, tapi kena kuat semangat dan jadikan ia satu sebab untuk jadi lebih baik.

Tambahnya lagi, penyanyi juga seorang manusia biasa dan tidak lepas daripada melakukan kesalahan namun perlulah sentiasa bersedia.

Manusia itu tak sempurna. Kami juga pernah berada di fasa itu, jadi kami faham sahaja apa yang berlaku.

Kena betul-betul bersedia sebelum buat persembahan walaupun kadang-kadang keadaan ketika itu buat kita rasa gugup.

Terdahulu, persembahan Fazura di sebuah program bual bicara di Indonesia dikritik hebat.

Ramai netizen tampil meninggalkan kritikan negatif dan merasakan aktres itu perlu menghadiri kelas vokal sebelum mengeluarkan lagu sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Rashidi Ishak Anggap Fazura 'Tone Deaf', Minta Iman Tang Cari Guru Vokal - "Nyanyi Lagu Balada Bukan Mudah"