“She’s Tone Deaf” – Rashidi Ishak Mohon Maaf Jika Komen Terlalu Pahit Untuk Ditelan

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 11:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rashidi ishak

Pelakon dan anggota kumpulan muzik Dead Mushroom, Rashidi Ishak menyuarakan pandangan jujurnya mengenai persembahan Fazura di Indonesia.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Rashidi tidak berselindung menyarankan agar pengurus Fazura segera mendapatkan guru vokal untuk aktres terkenal itu.

“Dia tone deaf” – Rashidi Ishak

image is not available

Kata Rashidi lagi, Fazura ada masalah ‘tone deaf’ dan lagu balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Rashidi yakin dengan potensi Fazura dalam nyanyian jika ada bimbingan yang tepat.

Terbaru, selebriti ini tampil meminta maaf jika kata-kata jujurnya terlalu pahit untuk ditelan. Dia mahu yang terbaik untuk Fazura kerana aktres berkenaan membawa nama negara di pentas luar.

Mohon maaf kalau komen terlalu menyakitkan untuk diterima

image is not available

Dia berharap Fazura dapat berkembang menjadi artis serba boleh, yang boleh berlakon dan menyanyi dengan baik.

Bukan mudah untuk mendapat peluang beraksi di platform besar, apatah lagi peluang untuk menyanyi secara langsung di Jakarta. Hebat pasukan dia.

Di ruangan balas, pelbagai respon yang diberikan pengikut kepada Rashidi. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempertahankan Fazura.

#OhmediaNasihat

Kadangkala, kritikan yang diterima mungkin kedengaran pedas, namun di sebaliknya mungkin tersimpan niat baik. Kita perlu melihat kritikan dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi bila ia bertujuan untuk memperbaiki diri.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Threads Rashidi Ishak