Jangan libatkan keluarga saya – Hazman Al Idrus

EntertainmentMovie
24 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jangan libatkan keluarga saya – Hazman Al Idrus

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hazman Al Idrus, 31, yang sebelum ini dikecam kerana didakwa melakonkan ritual agama Hindu ketika mengikuti penggambaran bersama produksi Denmark, terkilan apabila kelurganya turut dikecam gara-gara perkara itu.

Hazman memaklumkan sebagai seorang anak, emosi dan perasaannya tercalar apabila ibu bapa juga turut diheret berhubung hal tersebut

“Saya tidak kisah dikecam. Cuma saya terkilan apabila ada komen yang menjurus kepada penghinaan kepada keluarga saya. Mereka persoalkan bagaimana keluarga saya didik saya?

“Saya sedia menerima penghinaan anda, namun apabila melibatkan keluarga, ia sudah keterlaluan.

“Saya dibesarkan dengan didikan yang cukup dan penuh nilai hormat menghormati dari kedua ibu bapa saya. Janganlah libatkan mereka dalam isu ini,” katanya.

Hazman berkata demikian semasa ditemui pada majlis Tayangan dan Sidang Media filem Peluru Senja, baru-baru ini.

Hazman sebelum ini menerima kecaman apabila didakwa melakukan upacara agama Hindu ketika mengikuti penggambaran produksi Denmark di Bali pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hazman memaklumkan perbincangan awal dilakukan bersama pengarah justeru dia tidak melakukan sebarang upacara yang menyalahi agama Islam.

“Pengarah bertanya kepada saya tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh saya lakukan. Saya berterus terang yang saya tidak boleh melakukan ritual agama lain. Jadi berlaku perbincangan dengan pengarah setakat mana saya dibenarkan melakukannya.

“Jadi saya hanya lakonkan babak itu mengikut kemampuan saya. Tidaklah saya melakukan sepenuhnya ritual agama Buddha itu. Dalam hati saya istighfar banyak kali. Dan tidaklah saya melakukan perkara yang di luar batas agama Islam.

“Saya telah beri penjelasan di media sosial berkenaan perkara ini. Namun ianya disalah tafsir,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hazman juga memaklumkan menjadi kebiasaan penggiat perfileman di Indonesia bebas melakonkan babak yang menyentuh sensitiviti agama.

Namun sebagai pelakon Malaysia beragama islam, dia sedia maklum batas yang tidak boleh dilanggar berkenaan sensitiviti agama.

“Ini sebenarnya pilihan masing-masing. Ada pelakon Indonesia yang sanggup melakonkan babak agama lain, malah ada pelakon yang beragama Islam yang memakai tangkal salib untuk menghidupkan cerita.

“Itu cara dan kebebasan mereka. Sebagai pelakon Malaysia, kita tahu setakat mana kita boleh pergi, langsung tidak melampaui batas.

“Kalau perkara itu keterlaluan, saya tak akan buat. Lebih baik saya tolak sahaja tawaran itu. Itulah cabaran yang saya hadapi selama berada di Indonesia,” ujarnya.

The post Jangan libatkan keluarga saya – Hazman Al Idrus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved