Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

LocalEntertainment
11 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian apabila dirinya menerima gangguan mistik ketika menyertai sesi live Nightwalk yang tular di media sosial.

Image from: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Bukan itu sahaja, penyanyi dan juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dilihat turut membantu Vida dengan membacakan ayat suci Al-Quran sambil memegang kepalanya.

Situasi itu semakin menarik perhatian apabila Vida memberikan tindak balas seakan-akan mahu muntah ketika Fazley sedang membacakan ayat berkenaan.

Difahamkan sesi Nightwalk bersama Roslan Shah itu terpaksa ditamatkan lebih awal susulan keadaan Vida yang dikatakan mengalami gangguan agak kuat pada malam berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan Vida kembali pulih pada malam yang sama dan dia turut meminta orang ramai supaya tidak terlalu bimbang mengenai situasi tersebut.

Image from: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Screenshot

“Alhamdulilah.. semua ok. Jangan risau, @datoserivida kesayangan korang semua dah pulih malam tu juga.
“Sesi Nightwalk bersama @realroslanshah terpaksa dihentikan awal pada malam kelmarin, kerana DSV rasa kurang selesa dan kehadiran “mereka” agak kuat pada saat itu. Namun dengan izin Allah dan ayat-ayat suci Al- Quran semuanya masih dalam kawalan,” kata Fazley menerusi perkongsian di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan status hubungan mereka kerana dilihat begitu rapat, sehingga terlalu terbuka bersentuhan biarpun bertujuan sekadar mahu membantu.

Malah, ada segelintir wargamaya yang membuat andaian bahawa kedua-duanya mungkin sudah mendirikan rumah tangga. Spekulasi itu timbul kerana Vida sebelum ini dikenali sebagai seorang yang cukup menjaga batas pergaulan ketika bersama lelaki.

Dah kahwin cuma belum buat majlis

Image from: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Beritahu kalau dah nikah

Image from: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Vida seorang jaga batas

Image from: Fazley Yaakob bantu rawat Vida, netizen tanya status hubungan – “Pasti dah nikah, Datuk sangat jaga batas”

Artikel lain: Fazley akui Vida tepati ciri isteri sempurna – “Kagum dalam bab agama dan bisnes”

Namun begitu, dakwaan mengenai mereka sudah bernikah hanyalah  sekadara andaian dalam kalangan warganet dan tiada pengesahan rasmi diberikan oleh mana-mana pihak sehingga saat ini.

Terdahulu, Fazley menegaskan bahawa mereka belum bernikah, sebaliknya menganggap desas-desus serta pertanyaan ramai mengenai status perkahwinan mereka sebagai satu doa yang terbaik.

Sumber: TikTok matchalattee.ea

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved