“Jangan nak heret saya masuk sarkas” -Tunku Idris tegaskan hantaran tiada kaitan dengan politik

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 10:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, tampil menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu politik.

Tiada kena mengena dengan politik

Menerusi satu kenyataan ringkas di media sosial, baginda menegaskan bahawa mesej tersebut sebenarnya bertujuan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengulas mengenai sesuatu krisis yang berlaku, khususnya di platform media sosial.

Image from: “Jangan nak heret saya masuk sarkas” -Tunku Idris tegaskan hantaran tiada kaitan dengan politik

Nasihat kepada pengguna sosial media

Menurut Tunku Idris, nasihat itu diberikan bagi mengelakkan mana-mana pihak tersalah cakap atau membuat kenyataan yang boleh mengundang salah faham berkaitan isu semasa.

“Maksud saya tiada kena mengena dengan politik. Saya cuma ingatkan dan menasihatkan semua penguna social media untuk jangan kita tersalah cakap tentang salah satu krisis yang terjadi baru baru ini.
Jangan nak heret saya masuk sarkas” katanya.

Image from: “Jangan nak heret saya masuk sarkas” -Tunku Idris tegaskan hantaran tiada kaitan dengan politik

“Terlajar perahu boleh diundur…”

Penjelasan itu dibuat selepas timbul pelbagai tafsiran dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaitkan hantaran berkenaan dengan perkembangan politik semasa.

Image from: “Jangan nak heret saya masuk sarkas” -Tunku Idris tegaskan hantaran tiada kaitan dengan politik

Walau bagaimanapun, Tunku Idris menegaskan bahawa kenyataannya tidak merujuk kepada politik, sebaliknya sekadar peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhemah ketika berkongsi pandangan mengenai sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan.

Sumber: Thread tunku_idris