PAS Umum Putus Kerjasama Politik Dengan BERSATU

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 12:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PAS Umum Putus Kerjasama Politik Dengan BERSATU

PAS Umum Putus Kerjasama Politik Dengan BERSATU

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengumumkan bahawa parti berkenaan menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Presiden PAS, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari.

"Antara ketetapan yang dibuat PAS termasuklah memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.

Baca juga:

"Selain meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa," maklum kenyataan itu.

Tambah beliau, PAS juga akan meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16.

Perkara itu selaras dengan penerimaan hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.