“Jangan Panggil Makcik” – Pelanggan Minta Staf Kiosk Makanan Gelarnya ‘Puan Atau Akak’ Cetus Perdebatan [Video]

6 May 2025 • 11:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila menjalankan sesuatu perniagaan, majoriti para peniaga tidak mengenali siapa pembelinya melainkan mereka adalah pelanggan tetap. Ini termasuklah tidak mengetahui nama, umur, atau tempat tinggal di mana.

Oleh disebabkan itu, penjual hanya mampu memberi gelaran akak, adik, abang, makcik, pakcik dan sebagainya untuk bahasakan diri pelanggan tersebut. Di majlis yang lebih formal pula, kebiasaannya gelaran tuan dan puan digunakan.

Semuanya berbalik kepada situasi dan suasana pada waktu berkenaan. Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan panggilan yang digunakan peniaga.

Misalnya, ada individu yang berumur lebih selesa jika dirinya dipanggil dengan gelaran pakcik atau makcik oleh peniaga muda. Dalam sesetengah kes, ada pelanggan yang tidak mahu digelar sebegitu kerana sensitif tentang perkara melibatkan umur.

Wanita Tak Setuju Peniaga Panggil Pelanggan Dengan Gelaran Makcik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@rosizwanarifin) menyaksikan seorang peniaga popia dikenali sebagai Rosiz bersama stafnya, Apis yang sedang menyiapkan pesanan pelanggan di kiosk House of Popiah yang terletak di pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam.

Pada awalnya, situasi pada waktu itu dilihat terkawal dan berjalan seperti biasa. Namun lain pula yang terjadi apabila Apis ditegur oleh pelanggannya. Menurut pembeli wanita itu, Apis perlu menjaga adab dipercayai selepas dia memanggilnya dengan gelaran makcik.

“Lain kali nak cakap dengan pelanggan cakap tuan atau puan jangan makcik-makcik. Akak pun tak apa. Adab dengan pelanggan,” tegas wanita tersebut.

Mendengar kata-kata pelanggan itu, Apis hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepalanya.

Selepas menyiapkan pesanan popia itu, pekerja tersebut terus menghulurkannya kepada wanita berkenaan.

“Panggil makcik pun tak boleh ke,” ujar Rosiz di ruangan kapsyen video.

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pendapat Berbeza Tentang Situasi Pelanggan Yang Tegur Staf

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Segelintir individu berkata teguran yang diberikan oleh pelanggan berkenaan adalah betul dan merupakan adab sebenar di antara pembeli dan penjual.

“Betul apa yang puan tu tegur. Lebih manis dan elok kalau sebut tuan atau puan. Supaya tiada pelanggan akan rasa tak selesa. Percayalah bila guna macam tu orang akan suka,” kata seorang warganet.

Malah ada juga yang berpendapat si pelanggan perlu menggunakan intonasi yang lebih santai semasa menegur staf popia itu.

“Okay je puan tu tegur. Ayat dia pun sopan tak kasar cuma lebih manis kalau dia guna teknik gurau dalam teguran. Contoh, ‘Panggillah puan jangan panggil makcik, nampak tua saya (tambah gelak-gelak sikit)'” ujar seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@rosizwanarifin)

Segelintir Individu Anggap Panggilan Tuan/Puan Adalah Untuk Majlis Rasmi

Sementara itu, ramai juga berpendapat bahawa gelaran tuan atau puan itu tidak mustahak jika bukan di majlis formal.

“Sebenarnya abang ni tak salah pun sebab dia berniaga dekat tempat awam yang majoriti datang dari pelbagai latar belakang. Jadi tak ada masalah pun nak panggil makcik. Melainkan dia berniaga dalam bangunan kerajaan,” kata seorang netizen.

Ada juga individu yang sempat berkongsi pengalamannya semasa ditegur dengan pelanggan kerana menggunakan gelaran yang sama.

“Aku pun dulu pernah kena masa kerja sebagai cashier. Aku panggil makcik sebab dia nampak tua dari mak aku. Ya aku masih hormat tau, dia boleh cakap, ‘Makcik? Siapa kahwin dengan pakcikmu?’ Aku hanya balas, ‘Next'” luah lelaki berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@rosizwanarifin)