“Macam Tu Je Kena Scam” – Lelaki Beli Ayam Gunting Tapi Dapat Tepung Lagi Banyak Dari Isi Raih Perhatian [Video]

LocalFood
30 Apr 2025 • 11:38 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja ragam atau kisah peniaga yang dikongsikan oleh pelanggan di media sosial.

Ada yang berkongsikan sikap baik peniaga yang langsung tidak kedekut namun ada juga kisah negatif yang boleh dijadikan pengajaran oleh penjual yang lain.

Namun dalam banyak-banyak kisah, yang paling mendapat perhatian adalah sikap segelintir peniaga yang mengaut untung berlebihan dengan menjual barang tidak setanding dengan harga.

Contohnya jualan kuih tradisional seperti karipap atau popia yang sepatutnya dipenuhi dengan inti namun yang ada hanyalah angin atau oksigen.

Menu Ayam Gunting Alami Nasib Sama, Tepung Siap Terlucut Dari Isi Ayam

Jika sebelum ini menu seperti kuih tradisional dan sandwich sering menjadi mangsa, kini hidangan ayam gunting pun tidak terkecuali.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nikamirs, kelihatan ayam gunting yang dibeli oleh pengguna itu pada mulanya nampak normal seperti ayam gunting lain di pasaran.

Apa yang menjadi perhatian adalah tepung yang menyalut isi ayam berkenaan kelihatan tiba-tiba terlucut dari isi tersebut.

Lebih mengejutkan, ayam gunting itu sebenarnya bukanlah dipenuhi dengan isi sebaliknya hanya tepung semata-mata.

Kawan Siap Buat Muka Terkejut, Tak Sangka Ayam Gunting Dibeli Sedemikian Rupa

Tidak hanya itu, reaksi muka rakan wanitanya turut menghiburkan apabila dia juga menerima nasib sama kerana membeli menu tersebut.

Malah, rakan wanita pemuda tersebut sebelum itu dilihat termenung menatap isi ayam gunting berkenaan seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kena scam awal-awal pagi lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Jelas pemuda yang dikenali sebagai Amir kepada BuzzKini, dia membeli hidangan tersebut di salah sebuah gerai yang terletak di Kelantan.

Namun, dia tidak mengetahui berapa harga sebenar bagi menu ayam gunting itu memandangkan dia turut membeli hidangan lain.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terhibur & Terkejut Lihat Keadaan Ayam Gunting Tak Gemuk Dengan Isi

Video yang telah mendapat lebih 750,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keadaan ayam gunting tersebut.

Pada masa yang sama, ada yang meluahkan rasa terkejut kerana tepung yang menyaluti isi ayam berkenaan lebih banyak daripada intinya.

Tidak hanya itu, ada segelintir pengguna media sosial berkongsi pengalaman berhadapan situasi serupa ketika membeli sesuatu hidangan.

Pun begitu, ada pengguna media sosial menjelaskan dia okay sahaja untuk menerima hidangan berkenaan memandangkan dia lebih menyukai makan tepung berbanding isi ayam.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Lagi Sedih Dari Karipap Oksigen”

image is not available

“Weh, Ini Betul-Betul Kecewa, Ayam Lidi Or Ayam Gunting Kalau Macam Ini La Rupanya Boleh Buat Moody”

image is not available

“Aku Suka Tepung Dia Berbanding Ayam”

image is not available

“Untuk Buat Ayam Gunting Seperti Ini Memerlukan Skil & Pengetahuan Yang Tinggi”

image is not available

“Aku Dah Kena Guys, Sumpah Dalam Hati Tak Redha, Wahai Peniaga, Tolong Niaga Dengan Jujur”

image is not available

Source: