Jangan Politikkan Isu Pergaduhan Murid – Menteri Pendidikan

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 6:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangan Politikkan Isu Pergaduhan Murid – Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa isu pergaduhan yang membabitkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik.

“Fitnah mengaitkan ibu salah seorang ibu kepada murid terlibat dengan saya adalah adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Saya tidak pernah mengenali individu tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengambil tindakan sewajarnya melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) berkaitan buli dan salah laku yang sedang berkuat kuasa.

Sebagai langkah susulan, beliau turut mengarahkan Unit Integriti KPM untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.

“Saya mengikuti rapat perkembangan isu ini dan mahu ianya diselesaikan segera,” tambah beliau.

Tegas beliau lagi, KPM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli atau salah laku.

“Tindakan tegas mesti diambil ke atas sesiapa sahaja yang bersalah.

“Semua institusi pendidikan mesti dipastikan berada dalam keadaan selamat demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” ujar beliau.

image is not available
Sumber: BERNAMA

Sumber: BERNAMA