Fitnah berniat jahat! Menteri Pendidikan selar pihak politikkan isu salah faham murid

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 7:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berdiam diri apabila isu pergaduhan membabitkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini apabila ia mula dipolitikkan.

Menteri Pendidikan tak kenal ibu murid terlibat

Menerusi satu kenyataan media, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa tindakan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan insiden tersebut dengan individu tertentu adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

“Saya menyelar sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu pergaduhan yang melibatkan dua orang murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.

Fitnah mengaitkan ibu salah seorang ibu kepada murid terlibat dengan saya adalah adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Saya tidak pernah mengenali individu tersebut,” tegas beliau.

image is not available

Menteri Pendidikan beritahu JPNT sudah ambil tindakan awal

Menurut kenyataan itu, KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah pun mengambil tindakan awal berdasarkan prosedur standard operasi (SOP) Buli dan Salah Laku yang masih berkuat kuasa.

Dalam masa yang sama, Unit Integriti turut diarahkan menyiasat lebih lanjut bagi memastikan kes ini ditangani dengan adil.

image is not available

Menteri Pendidikan tegaskan tidak berkompromi dengan gejala buli

Menteri Pendidikan juga menegaskan bahawa beliau mengikuti rapat perkembangan isu ini dan mahu ia diselesaikan segera, tanpa sebarang kompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.

“KPM tidak berkompromi dengan buli dan perbuatan salah laku lain. Tindakan tegas mesti diambil ke atas sesiapa sahaja yang bersalah,” ujarnya lagi.

image is not available

Tambah beliau, KPM memberi jaminan bahawa keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.

Sumber: Bernama TV