Jangan Risau BUDI95 200 Liter Kekal

LocalPolitics
29 Apr 2026 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan mengesahkan bahawa penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada kadar 200 liter sebulan buat masa ini. Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketidaktentuan krisis bekalan tenaga di peringkat global.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, menjelaskan bahawa setiap keputusan mengenai kuota dan subsidi ini tidak dibuat secara melulu, sebaliknya diteliti setiap minggu melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

image is not available

Kenapa Kuota Diturunkan ke 200 Liter?

Sebagai rekod, kerajaan telah menyelaraskan kuota program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April lalu. Langkah ini adalah respon langsung terhadap konflik geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan kepada rantaian bekalan minyak dunia.

Tepis Cadangan Bank Dunia

Menariknya, Muhammad Kamil turut mendedahkan bahawa kerajaan memilih untuk mengekalkan harga RM1.99 seliter meskipun Bank Dunia sebelum ini mencadangkan agar harga RON95 dilaraskan semula kepada RM2.05 seliter.

"Meskipun pada peringkat awal ada sedikit tentangan, namun selepas dilaksanakan, ia berjalan dengan sangat baik," tambah beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved