Usahawan dan pempengaruh, El Azman mengakui dirinya sememangnya sengaja mempamerkan kemewahan, perniagaan serta kejayaan menerusi media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, El Azman menjelaskan tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran yang digunakan untuk mempromosikan jenama serta membantu perkembangan perniagaannya.

“Hari ni saya nak cakap satu benda. Ya, saya flex. Saya tunjuk kereta, saya tunjuk bisnes, saya tunjuk kejayaan dan apa yang saya buat.
“Sebab semua itu sebahagian daripada marketing saya. Ia bantu jenama saya, bantu bisnes saya dan akhirnya bantu jualan saya.
“Zaman sekarang berniaga bukan mudah. Kita kena cari macam-macam cara untuk kekal relevan dan terus bergerak,” katanya.
Menurut El Azman, dalam keadaan persaingan perniagaan masa kini, pelbagai pendekatan perlu dilakukan bagi memastikan sesebuah jenama terus relevan dan mampu bergerak ke hadapan.
View this post on Instagram
Dalam masa sama, dia turut berharap orang ramai dapat menjaga hati dan pandangan sekiranya tidak mampu memberikan sokongan terhadap cara seseorang mencari rezeki.
“Kalau kita tak mampu nak support orang yang sedang mencari rezeki, tak apa. Cukup jaga hati, jaga mata dan jangan sakit hati dengan cara orang lain mencari rezeki.
“Dia buat marketing dia. Kita teruskan hidup kita,” kongsinya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pempengaruh Tunjuk Resit Bayar RM1 Setelah Berhutang Usahawan Sebanyak RM160K - "Saya Bayar Dulu Sikit"
The post “Jangan Sakit Hati…” – El Azman Mengaku Sengaja Tayang Kemewahan Dan Harta Benda Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





