Usahawan El Azman tampil mempertahankan pempengaruh dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled yang disifatkannya sebagai seorang yang jujur serta gemar membantu orang lain.
El Azman atau nama lengkapnya Mohd Hilmi Che Azman berkata, penilaiannya terhadap Aisar dibuat berdasarkan pengalaman bekerja bersama pempengaruh berkenaan dan perkara yang dilihatnya sendiri.

Menerusi hantaran di Threads, beliau berkata masyarakat ketika ini dilihat terlalu mudah mengkritik serta menghukum seseorang tanpa mengetahui apa yang dilalui individu berkenaan.
“Senang untuk komen hidup orang. Susah untuk berada di tempat orang, buat sesuatu, jatuh, bangun dan terus memberi,” katanya.
Menurut El Azman, seseorang masih boleh tidak menyukai individu tertentu, namun perkara itu tidak seharusnya menyebabkan segala kebaikan yang pernah dilakukan individu berkenaan dilupakan.

Beliau turut menegaskan pandangannya terhadap Aisar bukan dibuat berdasarkan andaian, sebaliknya berdasarkan perkara yang pernah dilihat dan dilaluinya sendiri ketika bekerja bersama pempengaruh tersebut.
Sumber: Threads El Azman






