Media sosial jadi cabaran utama perpaduan negara

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Media sosial jadi cabaran utama perpaduan negara

SEBERANG PERAI – Media sosial dikenal pasti sebagai antara ancaman terbesar terhadap perpaduan negara apabila platform itu semakin menjadi medium penyebaran fitnah, kebencian, provokasi kaum dan agama serta maklumat palsu, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan Kajian Indeks Perpaduan Nasional yang turut mengenal pasti isu bangsa, agama dan pembangunan sebagai antara defisit sosial yang perlu diberi perhatian.

“Media sosial merupakan salah satu daripada defisit sosial yang terdapat dalam Kajian Indeks Perpaduan Nasional yang dilihat sebagai ancaman besar.

“Selain itu antara 10 cabaran lain adalah seperti isu bangsa, agama, pembangunan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: DARES@Komuniti Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan dialog dan mediasi komuniti perlu terus diperkasakan bagi menangani konflik sosial sebelum ia menjadi lebih serius.

Tambah beliau, dialog bukan sekadar ruang perbincangan, sebaliknya menjadi medium membina kepercayaan, meningkatkan persefahaman dan mencari penyelesaian secara aman tanpa menghapuskan perbezaan dalam masyarakat.

Katanya, kementerian terus memperkukuh inisiatif mediasi komuniti sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian secara aman, cepat dan berhemah tanpa perlu membawa setiap konflik ke mahkamah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Media sosial jadi cabaran utama perpaduan negara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved