“Jangan Sampai Cap Bongkar Rahsia PU Pulak” – Sentuh Isu Aurat, Caprice Minta Pu Syed Mohon Maaf Dalam Masa 24 Jam

14 Oct 2022 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi rap yang dikenali dengan kelantangannya semalam menggesa agar penceramah bebas, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Ia susulan kenyataan penceramah itu yang mengaitkan tentang isu aurat isteri Caprice dengan kes jenayah PU Azman yang kini sedang dibicarakan.

Menerusi Instagram story, Caprice terang-terangan meluahkan rasa marahnya terhadap PU Syed kerana ‘menyentuh’ dan membabitkan isterinya dalam hal ini.

Caprice juga turut memberi gambaran seolah-olah dia mempunyai rahsia PU Syed yang disimpan rapi dan mengingatkan jangan sampai dia juga buka mulut.

Kenapa nak tiba-tiba petik (tentang isteri)? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini, Tak ada kaitan jangan start, Atau tidak kita pun boleh start (pembongkaran).”

image is not available

Terdahulu, PU Syed telah memerli Caprice menerusi ruangan caption di Instagram selepas ditanya oleh netizen mengapa dia berdiam diri tentang rakan penceramahnya, PU Azman.

Katanya, Caprice kini semakin rancak membuat ‘siasatan sendiri’ dan berkata ada mangsa yang mengadu kepadanya tentang perbuatan PU Azman.

Buat Caprice, urus aurat isteri dulu, baru layak jadi tiger of Al Quds.”

Tambahnya, kes jenayah PU Azman kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan dibicarakan di mahkamah jadi tidak perlulah diulas lagi olehnya.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

Anggap Pendakwah Diam Diri Kes Amang Seksual, Baby Shima Perli PU Dan Ustazah 'Online'