KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular apabila maklumat berkaitan bil telefon milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, didedahkan di media sosial.
Beliau menyifatkan situasi itu sebagai “creepy”.
Isunya bukan jumlah bil.
Isunya ialah bagaimana orang lain boleh mengakses maklumat akaun peribadi seseorang, kemudian menyebarkannya kepada umum.
Tahukah anda, Malaysia mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709?
Akta ini mengawal cara organisasi mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi dalam urusan komersial.
Antara tindakan yang boleh menimbulkan pelanggaran ialah:
• Mengakses akaun pelanggan tanpa tujuan kerja yang sah
• Mengambil tangkap layar sistem dalaman
• Mendedahkan bil, nombor telefon atau alamat pelanggan
• Menjual atau berkongsi senarai pelanggan
• Menggunakan data pelanggan untuk memalukan atau menghasilkan content
• Gagal melindungi data sehingga berlaku kebocoran
Bukan semua hantaran individu di media sosial secara automatik menjadi kesalahan di bawah Akta 709. Namun, jika maklumat diperoleh melalui akses kerja atau sistem organisasi, kemudian disebarkan tanpa kebenaran, ia merupakan perkara yang serius.
Boleh akses tidak bermaksud boleh lihat sesuka hati. Boleh lihat tidak bermaksud boleh sebarkan.
Data peribadi bukan bahan gosip dan bukan bahan untuk diviralkan.
#LindungiDataPeribadi #FikirSebelumPost #PublicHealthMalaysia
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






