‘Tuduh Cina tapi bila bentang RCI, semua yang rosakkan Tabung Haji itu Melayu’ – Mat Sabu

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah menerima dakwaan termasuk tuduhan bahawa kaum Cina menjadi pihak yang merosakkan Tabung Haji, tanpa terlebih dahulu menyemak fakta.

Beliau berkata, hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji menunjukkan perkara yang didakwa itu tidak seperti gambaran awal yang disebarkan, sekali gus membuktikan pentingnya mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kesimpulan.

“Macam kita kata, Cina menjahanamkan Tabung Haji. Bila bentang RCI, didapati semua yang merosakkan Tabung Haji itu orang Melayu.
“Ini yang kita kata jangan terima maklumat awal yang menyebabkan digunakan sepenuhnya dalam pemikiran berdasarkan kaum,” katanya pada sidang media selepas pelancaran buku terbaharunya, Mustadhafin vs Mustakbirin, di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.

Image from: ‘Tuduh Cina tapi bila bentang RCI, semua yang rosakkan Tabung Haji itu Melayu’ – Mat Sabu

Mohamad Sabu atau popular dengan panggila Mat Sabu berkata, penyebaran maklumat tanpa semakan boleh menyebabkan sesuatu isu digunakan untuk membina persepsi berdasarkan kaum, terutama dalam politik.

Katanya, kecenderungan menggunakan isu berunsur perkauman juga perlu dielakkan dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Di Johor dan juga di Negeri Sembilan, bukan sebab kalah menang, tapi isu yang digunakan itu adalah isu bercorak rasis.
“Ini yang perlu kita elakkan negara macam Malaysia ini,” ujarnya.

Menurutnya, politik yang memainkan sentimen kaum lebih mudah dibawa kerana tidak memerlukan masyarakat membaca atau meneliti sesuatu isu secara mendalam.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membawa gagasan yang lebih menyeluruh memerlukan kesabaran kerana pendekatan berkenaan tidak semudah menyerang atau menyalahkan kaum lain.

“Memang sukar sebab dalam perjuangan ini, kita memaki kaum Melayu, dia tak perlu membaca, tak perlu menelaah.
“Senang, kita hanya hentam kaum lain, itu politik yang mudah,” katanya.
Image from: ‘Tuduh Cina tapi bila bentang RCI, semua yang rosakkan Tabung Haji itu Melayu’ – Mat Sabu

Foto arkib: Bernama

Mohamad Sabu turut menyentuh mengenai fahaman ‘asabiyah yang menurutnya boleh menyebabkan seseorang mempertahankan kaum sendiri walaupun melakukan kesalahan, manakala kebaikan yang dilakukan kaum lain pula dianggap sebagai sesuatu yang buruk.

“Asabiyah itu ertinya, apa yang kaum kita buat, kalau jahat pun kita kena kata baik.
“Kaum lain buat baik pun kita kena kata jahat,” ujarnya.

Tambah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, usaha membawa gagasan Islam Rahmatan lil Alamin sememangnya sukar, namun perkara itu perlu diteruskan dengan kesabaran.

“Saya akui membawa satu gagasan Islam Rahmatan lil Alamin memang sukar, tapi kita kena bersabar.
“Benda-benda seperti berlaku dalam fahaman kaum ini, dia naik sementara, tapi kita yakin anak-anak muda ini akan kembali kepada realiti yang ada, insya-Allah,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Malaysia Gazette

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved