“Jangan Sombong & Asyik Pandang Kesalahan Suami Sedangkan Kita Juga Banyak Kelemahan” – Nora Ariffin

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berkongsi pendapatnya di Instagram story mengenai sifat cemburu yang dimiliki oleh sesetengah individu.

Menerusi hantaran itu, penyanyi berusia 52 tahun tersebut berpandangan bahawa perasaan cemburu dirasai seseorang boleh menjadi bahaya sekiranya disertakan niat jahat.

Manusia yang paling bahaya adalah mereka yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan merasa puas hati apabila dapat memusnahkan kebahagiaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Tak warak tapi masih tahu hukum

Nora bagaimanapun akui dirinya bukanlah seorang yang warak atau kuat agama namun menasihati wanita di luar sana untuk menghargai pengorbanan suami.

Jangan kita sombong, tidak menghargai kebaikan suami, rasa diri betul dan asyik pandang kesalahan suami sedangkan kita juga banyak kelemahan dan kekurangan diri cuma kadang suami lebih memilih untuk pendam, sabar diam.

image is not available

Terdahulu, prosiding proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di antara Nora dan Dr Rushdi semalam membawa kepada proses hakam.

Mahkamah memberikan arahan itu selepas Dr Rushdi dilaporkan masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak menceraikan Nora.

image is not available 2025-08-11 14:27:54

"Kalau Nora Tiada Alasan Munasabah, Kita Tak Patut Berpisah" - Dr Rushdi Tetap Pendirian Enggan Cerai