Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

LocalFamily & Parenting
27 Sep 2026 • 1:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.

Menurut beliau, penggunaan gajet juga tidak wajar dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi antara ibu bapa dengan anak.

“Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.

“Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, karakter anak-anak banyak dipengaruhi didikan, teladan serta suasana yang dilihat dan dirasai mereka dalam kehidupan seharian.

“Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.

“Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved