Rumah tetap madrasah pertama! Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

Family & Parenting
27 Sep 2026 • 2:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.

“Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.
“Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Image from: Rumah tetap madrasah pertama! Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

Imej janaan AI

Menurut beliau, penggunaan gajet tidak wajar dijadikan pengganti kepada kasih sayang, perhatian dan komunikasi antara ibu bapa dengan anak.

Beliau berkata, karakter anak-anak banyak dipengaruhi didikan, teladan serta suasana yang dilihat dan dirasai mereka dalam kehidupan seharian.

Image from: Rumah tetap madrasah pertama! Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru – Asyraf Wajdi

“Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.
“Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,”tegas beliau.

Sumber: Threads drasyrafwajdi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved