“Jangan ‘Menswastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Guru” – Asyraf Wajdi

Family & Parenting
27 Sep 2026 • 3:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.

Menurut laporan Kosmo, beliau berkata pendidikan anak-anak bukan sekadar tanggungjawab pihak sekolah, sebaliknya ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk karakter mereka sejak dari rumah.

Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.

Asyraf Wajdi tegaskan gajet bukan pengganti kasih sayang

asyraf wajdi

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak menjadikan gajet sebagai pengganti kepada kasih sayang, perhatian dan komunikasi bersama anak-anak.

Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi.

Menurut beliau, karakter anak-anak banyak dipengaruhi oleh didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai dalam kehidupan seharian.

Didikan dari rumah bentuk jati diri anak

Image from: “Jangan ‘Menswastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Guru” – Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi berkata, rumah merupakan tempat pertama anak-anak belajar tentang kehidupan dan membentuk keperibadian mereka.

Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.

Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak.

Nota Oh! Media:
Sekolah memang penting dalam pendidikan, tetapi peranan ibu bapa tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru. Luangkan masa untuk berbual, mendengar dan mendidik anak-anak kerana perhatian daripada ibu bapa tidak boleh digantikan dengan gajet.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post “Jangan ‘Menswastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Guru” – Asyraf Wajdi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved