“Jangan Tegur Nenek”- Gelagat Lelaki Sakat Pengawal Keselamatan Buat Ramai Terhibur [Video]

3 Sep 2025 • 3:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui kerja sebagai pengawal keselamatan bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana mereka perlu memastikan keselamatan di kawasan atau bangunan yang ditugas berada dalam keadaan baik.

Bukan hanya itu, ada pengawal keselamatan yang perlu meronda atau dinamakan clocking pada setiap jam bagi memastikan setiap kawasan dilakukan dan berada dalam keadaan selamat.

Tidak kiralah ia kawasan yang berbahaya, misteri atau sebagainya mereka tetap cuba menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Lelaki jadi perhatian kerana cuba takutkan pengawal keselamatan

Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian apabila secara spontan cuba untuk mengusik seorang pengawal keselamatan ketika berada di sebuah bangunan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nazmuhd, awalnya kedengaran dia bertanya kepada pengawal keselamatan itu ke manakah dia ingin pergi sewaktu berada di hadapan lif.

Pengawal itu lalu memaklumkan dia ingin ke tingkat atas dipercayai mungkin ingin membuat rondaan.

Mendengar jawapan itu, Naz lalu menitipkan pesan kepada pengawal keselamatan itu untuk berhati-hati.

“Hati-hati saya sudah nampak tau. Awak tekan lif naik atas. Saya sudah nampak tau, itu nenek. Awak jaga-jaga,” katanya cuba untuk menakut-nakutkan pengawal berkenaan.

Siap pesan jangan tegur kalau jumpa ‘nenek’

Kelihatan wajah pengawal itu seperti cemas serta curiga apa yang cuba disampaikan oleh Naz dengan apa yang ‘sudah dilihatnya’.

“Mana? Aiyoo, janganlah cakap itu macam. Saya tak ada nampak,” katanya seperti ketakutan.

Melihat riak wajah pengawal tersebut, Naz masih tetap ingin mengusiknya untuk tidak menegur ‘nenek’ tersebut jika dia berjumpa dengannya.

“Itu nenek tau, jangan tegur. Kalau nenek tu tanya awak, awak jangan tegur,” usiknya lagi.

Di ruang kapsyen Naz mengatakan pengawal terbabit membatalkan niatnnya untuk naik ke bahagian atas selepas dia memaklumkan perkara itu.

@nazmuhd_

Tak jadi naik atas 🤣🤣🤣

♬ original sound – NazMuhd – NazMuhd

Ramai terhibur lihat lelaki usik pengawal keselamatan

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat Naz cuba mengusik pengawal berkenaan dengan menakut-nakutkkannya.

Malah ada yang mengatakan kelihatan jelas wajah pengawal keselamatan itu berubah kepada ketakutan selepas Naz memintanya untuk berhati-hati.

“Kalau dengar lif loceng panjang, dia lah tu minta tolong”

image is not available

“Serba salah kawan, nak naik ke tak ya”

image is not available

“Aiyoo sampai hati you buat abang saya ini macam”

image is not available

“Kau kalau dia, dia ajak kau teman haa tahu lah”

image is not available

“Banyak betul masa kau bang sampai sempat kacau dia”

image is not available