Jangan tergesa-gesa tukar MyKad baharu – Saifuddin

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 5:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan tergesa-gesa tukar MyKad baharu – Saifuddin

PORT DICKSON – Jangan berpusu-pusu! Itu nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada 24 juta pemegang MyKad yang berhasrat mendapatkan kad pengenalan baharu mulai 17 September ini.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad lama kerana dokumen sedia ada masih boleh digunakan, selain mengelakkan kesesakan luar biasa di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Jumlah MyKad yang dikeluarkan adalah 24 juta. Purata sebulan pengeluaran MyKad adalah 180,000 hingga 200,000 keping membabitkan myKad baharu, rosak, hilang dan lain-lain.

“Jadi, bila saya nasihatkan supaya tidak berpusu-pusu, kita nak elak 180,000 atau 200,000 tiba-tiba melonjak 500,000 kerana mahu memiliki MyKad baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Serahan Sumbangan Menteri Dalam Negeri kepada bakal pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurul Arini Abdullah, 19, di Pasir Panjang, di sini, hari ini.

Dalam program itu, empat individu iaitu Nurul Arini, ibu angkatnya serta dua guru yang membantu pelajar cemerlang tersebut mendapat MyKad dan menerima tajaan umrah daripada pihak swasta.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, permohonan MyKad baharu yang mempunyai 50 ciri keselamatan dibuka mulai 17 September di 40 pejabat pengeluar JPN seluruh negara bagi fasa pertama.
Habis

The post Jangan tergesa-gesa tukar MyKad baharu – Saifuddin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved