Elak kesesakan di JPN, jangan tergesa-gesa tukar MyKad baharu - Saifuddin

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 2:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Elak kesesakan di JPN, jangan tergesa-gesa tukar MyKad baharu - Saifuddin
Saifuddin ketika ditemui media selepas mengadakan Ziarah Kasih seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nurul Arini Abdullah di Kampung Bukit Tembok pada Selasa. Foto Bernama

PORT DICKSON - Orang rasmi dinasihatkan tidak tergesa-gesa menukar MyKad sedia ada kepada versi baharu yang akan diperkenalkan bermula 17 September ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi mengelakkan berlaku kesesakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), malah tiada peruntukan yang mewajibkan menukar MyKad secara serentak sebaik sahaja versi baharu diperkenalkan.

"Bermula pada 17 September ini permohonan untuk mendapatkan MyKad versi baharu dibuka kepada orang ramai di 40 pejabat JPN di seluruh negara.

"Saya nak nasihatkan supaya tidak berpusu-pusu menggantikan MyKad baharu bagi mengelakkan kesesakan," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas menyerahkan tajaan umrah oleh sebuah syarikat swasta kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Arini Abdullah, 19, bersama ibu dan dua gurunya di Kampung Bukit Tembok di sini pada Selasa.

Menurutnya, secara purata dalam tempoh sebulan, sebanyak 180,000 hingga 200,000 MyKad dikeluarkan.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, secara purata Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) mengendalikan antara 13,000 hingga 15,000 kes tidak mendaftar kelahiran dalam tempoh setahun.

"Bila kita tanya kenapa tak daftar kelahiran, ada kata suami masuk penjara, pusat pemulihan dadah dan ada juga kata tak tahu kelahiran perlu didaftarkan.

"Itu realiti dalam masyarakat kita. Kadang-kadang kita anggap kita dah jauh bergerak, rupanya ada lagi dalam segmen masyarakat kita yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam soal itu," katanya.

Jelasnya, kegagalan untuk mendaftar kelahiran boleh menimbulkan permasalahan kepada anak-anak pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved