“Jangan terjebak dengan kegiatan haram di negara asing”- Presiden Indonesia Prabowo Subianto Ingatkan Rakyat Indo

1 Feb 2025 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta telah dibaling dengan telur oleh penunjuk perasaan Indonesia dalam satu protes yang diadakan terhadap insiden rakyat Indonesia ditembak di perairan Selangor pada 24 Januari lalu.

Untuk pengetahuan semua, pendatang asing dari Indonesia itu telah ditembak oleh pihak APMM negara kita kerana mereka telah cuba menyerang penguatkuasa maritim Malaysia.

Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto telah mengingatkan rakyat-rakyatnya agar tidak terjebak dengan kegiatan haram seperti penyeludupan pekerja tidak sah ke beberapa negara sebagai respons beliau berhubung kejadian insiden pendatang Indonesia ditembak di Malaysia itu.

@antara_tv

Presiden Prabowo Subianto saat ditemui di Jakarta, Kamis, menyatakan dirinya yakin aparat penegak hukum Malaysia menyelidiki dengan baik kasus penembakan WNI oleh petugas dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). #malaysia #konflik #indonesia #prabowo #penembakan #WNI #kriminal #hukum

♬ suara asli – Antara TV Indonesia – Antara TV Indonesia

Ini kerana menurut beliau, jika ada rakyatnya yang menyeludup ke negara asing, sudah tentulah negara asing tersebut akan bertindak.

Dalam masa yang sama, Prabowo turut mengatakan bahawa beliau yakin pihak berkuasa Malaysia akan menyiasat insiden tembakan itu dengan sebaiknya, lapor Free Malaysia Today.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.