Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa terharu apabila anak-anak tirinya, Thalita dan Matin menunjukkan kematangan dalam menghadapi kontroversi yang melibatkan keluarga mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie menceritakan perbualan bersama anak-anak ketika melakukan rutin harian mereka, iaitu berkumpul sebelum tidur untuk berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing.
AdvertisementBagaimanapun, perbualan pada malam tersebut menyentuh hati apabila kedua-dua anaknya berkongsi pertanyaan yang diterima daripada guru serta rakan-rakan mengenai keadaan keluarga mereka.

Antara persoalan yang diajukan termasuk dakwaan kononnya Watie dan Shuib sudah menjalinkan hubungan ketika Allahyarham Siti Sarah masih hidup.
Isu Watie skandal dengan Shuib…
Menurut Watie, dia berasa bangga dan bersyukur apabila mendengar jawapan anak-anaknya yang tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tersebar di media sosial.
Matin pula mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak terus mempercayai sesuatu perkara yang dibaca tanpa mengetahui kesahihannya terlebih dahulu.
Matin pun cakap lepas ni apa yang dalam media sosial itu kalau kita terbaca jangan terus percaya dan tuduh.. sebab benda tu berlaku kat dalam family aku..

Sementara itu, Thalita turut memberikan pandangan bahawa kontroversi yang menimpa keluarganya bukan sekadar ujian buat ibu bapanya, sebaliknya boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Menurutnya, setiap individu perlu lebih berhati-hati ketika bercakap atau menulis sesuatu perkara supaya tidak menimbulkan fitnah terhadap orang lain.
Tata cakap dengan dorang sebenarnya ini bukan ujian Mummy & Daddy saya seorang tapi ni pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah.
View this post on Instagram
Anak-anak Shuib & Watie
Dalam pada itu, Watie mengakui kata-kata yang diluahkan oleh Thalita dan Matin memberikan kekuatan buat dirinya serta Shuib untuk terus berdepan dengan kontroversi berkenaan.
Bagi Watie, sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh anak-anak amat bermakna, terutama ketika keluarga mereka menjadi perhatian serta menerima pelbagai tanggapan daripada masyarakat.
Di waktu & ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan, pandangan dan pertahanan dari kata-kata yang datang dari anak-anak Mummy & Daddy.

Kecoh Kontroversi Libat Watie Dan Shuib, Anak Lelaki Bersuara - "Kita Kena Jaga Mulut, Jaga Penulisan"
The post “Jangan Terus Percaya Dan Tuduh” – Anak-Anak Terpalit Kontroversi, Watie Bangga Cara Thalita Dan Matin Pertahan Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





