Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah tampil berkongsi reaksi anak-anak tirinya, Thalita dan Matin, selepas mereka diajukan persoalan mengenai dakwaan hubungan antara bapa mereka dengan Watie kononnya telah terjalin ketika Allahyarham Siti Sarah Raisuddin masih hidup.
Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 32, mengakui sebak membaca jawapan yang diberikan kedua-dua anak tirinya itu.
AdvertisementView this post on Instagram
Malah, dia turut berasa bangga dan bersyukur apabila Thalita dan Matin dilihat mampu memberikan respons dengan matang ketika berdepan isu yang kembali menjadi perhatian ramai.
Thalita pesan supaya jaga percakapan, elak fitnah
Menurut Watie, Thalita melihat isu berkenaan bukan sekadar ujian buat dirinya dan Shuib, sebaliknya sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum bercakap atau menulis mengenai kehidupan orang lain.
“Katanya ini bukan ujian Mummy dan Daddy saya seorang, tetapi ini pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah.”
Watie berkata, pesanan tersebut cukup menyentuh perasaannya kerana anak-anak turut memahami kesan yang boleh berlaku apabila sesuatu dakwaan disebarkan tanpa mengetahui keadaan sebenar.
View this post on Instagram
Matin minta orang ramai jangan mudah percaya media sosial
Dalam pada itu, Matin pula mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai perkara yang dibaca di media sosial, lebih-lebih lagi sehingga membuat tuduhan terhadap seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar.
“Selepas ini, apa yang dalam media sosial itu kalau kita terbaca, jangan terus percaya dan tuduh sebab benda itu berlaku dekat dalam keluarga aku. Itu kata Matin.”
Watie turut menyifatkan kekuatan dan sokongan yang diberikan anak-anak sebagai sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya dan Shuib ketika berdepan pandangan negatif daripada segelintir masyarakat.
“Terima kasih anak-anak, di waktu dan ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan, pandangan dan pertahankan dari kata-kata yang datang dari anak-anak Mummy dan Daddy,” ujarnya.
Watie pernah nafi dakwaan hubungan dengan Shuib ketika Siti Sarah hidup
Sebelum ini, Watie menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dia sudah menjalinkan hubungan dengan Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah masih hidup.
Selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri, Watie turut tampil berkongsi beberapa bukti bagi menjelaskan isu berkenaan.
Antaranya, dia menjelaskan bahawa suara lelaki dalam sebuah video yang kembali tular bukanlah suara Shuib seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Watie turut berkongsi gambar dirinya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Badrol serta memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp dengan individu yang pernah bertanyakan mengenai pemilik suara dalam video tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Demi Allah, Itu Memang Suara Saya” – Badrol Pertahan Video Golf Bersama Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Didakwa Milik Shuib
The post Kecoh Kontroversi Libat Watie Dan Shuib, Anak Lelaki Bersuara – “Kita Kena Jaga Mulut, Jaga Penulisan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






